Sayang Tanpa Limit
Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 562
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Dalam peti, ada ais. Assalamualaikum, Ulya binti Uwais.” – Tariq
Pertemuan empat mata dengan Tariq di Village Grocer telah membuka kembali lipatan sejarah yang ingin Ulya lupakan. Pertemuan yang membuatkan hidup Ulya selepas itu sentiasa dibayangi oleh si bekas tunang dan pantunnya.
“Orang utan makan pisang. Pisang ditanam oleh Lulu. Jangan menangis lagi sayang. Nanti saya upah baulu.” – Tariq
Tariq datang bersama misi untuk menawan kembali hati Ulya, tetapi bukannya mudah. Lagi-lagi bila dalam hati Ulya masih tersimpan rasa dendam dan trauma pada si duda.
“Sayang saya, tapi sanggup curang dengan Nilam!”– Ulya
“Setia saya hanya untuk awak, Ulya.” – Tariq
Walaupun Ulya masih benci, namun kerana Umar, dia sanggup terima Tariq sebagai suami.
“Umar jangan risau. Abang Tariq bakal jadi abang ipar Umar.
Macam yang Umar nak selama ni.” – Ulya
Walau dilayan bak bidadari setelah menjadi isteri Tariq, jauh di sudut hati Ulya masih tersimpan rasa sangsi. Bila rasa benci dan sangsi mula pudar, tiba-tiba semuanya terpaksa berkubur begitu saja.
Segala yang berlaku tiga tahun lepas kembali terbongkar satu-persatu sehingga Ulya harus memilih antara dua lelaki yang dia paling sayang dalam hidup.
Antara Umar dan Tariq, siapa yang akan menjadi pilihan utama Ulya?
Adakah Umar bin Uwais yang sentiasa setia di sisi Ulya sejak dari dulu lagi?
Atau…Ahmad Tariq bin Ahmad Tarmizi yang sentiasa buat hati Ulya bermekar indah dengan bunga cinta?