Sayangku Combi

ISBN: 9789678606943
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Combi Binti Jofree. Itulah nama yang diberi oleh nendanya. Sewaktu kecil setiap kali Combi diejek dan diusik rakan-rakan, ada Abang Hairell dan rakannya yang mempertahankan Combi daripada gangguan rakan-rakannya. Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

Meniti kedewasaan, namanya masih lagi menjadi bahan teguran dan usikan. Kerana itulah di rumah, keluarga memanggil Combi ‘adik'.  Bila mula berkenalan dengan kenalan lelaki, Combi menggunakan nama Puteri dan lelaki pertama yang disangkanya menambat hatinya dipanggil Prince.

Prince lelaki yang bekerja di Singapura dan selalu berulang-alik melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Mereka berkenalan. Abang Combi, Kamarul begitu ‘protected' terhadap adiknya itu. Pertemuan pertama Combi secara rasmi pun hanya dilakukan di tempat parkir kereta ditemani Kamarul. Tak ada dating-dating itu semua.

Dalam pada itu, Combi yang baru mula bertugas sebagai Penguasa Kastam dikehendaki menjalani Kursus Asas yang diwajibkan ke atas setiap pegawai baru di Akademi Kastam, Melaka. Combi yang boleh dikategorikan sebagai anak bongsu manja terpaksa melalui segala bentuk latihan praktikal yang agak lasak dan kelas-kelas teori. Dugaan berlaku apabila Combi mendapat anugerah pelatih kawad terbaik Kategori B Wanita. Semua itu diharungi bersama dengan rakan sebiliknya yang juga menjadi teman baiknya, Ana.

Dalam pada itu, hero Combi sewaktu kecil, Hairell pulang semula ke Malaysia. Pada mulanya Hairell masih memandang Combi bagai adik kecilnya sama seperti suatu ketika dahulu. Melewati waktu, perasaan mereka sama-sama berubah. Cuma, Hairell akan dan kemudiannya telah pun bertunang dengan seorang wanita warga England yang mempunyai rupa paras secantik Ratu Dunia. Remuk redamlah hati Combi yang sedari kecil menyayangi heronya itu. Dari kasih seorang ‘abang' bertukar kepada cinta antara seorang lelaki dan wanita. Dan akhirnya perasaan dan emosi terpaksa diketepikan. Combi tidak mahu menjadi perempuan kedua kepada hero yang dikasihinya itu.

Antara kemahuan dan kasih sayang keluarga, cinta dan dunia pekerjaan baru yang dilaluinya, inilah suka duka kisah seorang gadis yang diberi nama C.O.M.B.I.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)