
Sayangku Kirana
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages, 570
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Trainee? Nama awak... trainee?” – Fadzley
“Err... bukan, bukan. Saya silap pakai name tag hari ni.” – Kirana
“Tak reti-reti nak beritahu saya siapa nama awak?” – Fadzley
“Nama saya Nur Kirana binti Ramlan, encik.” – Kirana
Tanpa Kirana sedar, ada bunga cinta bertunas dalam hati seorang Megat Ahmad Fadzley. Akibat cemburu yang terlampau, Fadzley melakukan perkara yang tidak sepatutnya hingga menjadi punca pernikahan mereka.
Namun bahagia yang dikecapi tidak lama. Fadzley bertemu kembali dengan bekas kekasih lamanya hingga sanggup bertindak bodoh.
“Sebaik saja anak kau lahir, gugurlah talak satu terhadap kau.” – Fadzley
Lafaz taklik yang diberi membuatkan Kirana membawa hati yang lara jauh dari Fadzley. Namun kemunculan Engku Jeffrey dan Megat Ahmad Radzley, mengocak perasaan Kirana.
Lebih membuat haru-biru, pertemuan semula Kirana dengan Fadzley membuatkan lelaki itu seperti gila talak sebelum masa. Sesal tak sudah kerana telah membuat hati Kirana terluka.
“Abang sanggup buat apa saja, asalkan Ana terima abang semula.” – Fadzley
“Abang boleh peluk Rana lepas kita kahwin?” – Engku Jeffrey
"Saya sudi untuk pikul tanggungjawab sebagai daddy kepada baby yang bakal lahir ni.” – Radzley
Berjayakah misi Fadzley memujuk Kirana supaya sudi menerimanya semula? Bagaimana pula dengan Karmila, isteri mudanya? Antara Fadzley, Engku Jeffrey dan Radzley. Tiga jejaka yang mencuba, hanya satu yang berjaya meraih cinta Kirana.
DImensi: 12 x 4 x 19 cm