Screaming-Free Parenting
Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages,
Seorang sasterawan terkenal menceritakan bahawa pada setiap malam, dia selalu membawakan air minuman ke bilik tidur anak-anaknya.
"Teguh, beginilah salah satu cara saya menghormati anak-anak..."
Inilah ungkapan rasa kasih sayang yang melimpah daripada seorang ayah yang tulus. Kesan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak sehingga dewasa kelak.
Bagaimana dengan anda? Ayuh, kita raih rasa cinta anak-anak. Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan:
•Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak.
•Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.
•Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah.
Dengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.
perkongsian yang baik dan saya amat tertarik dengan pendekatan yang dibawakan oleh penulis. sesuai untuk dibaca bagi ibu bapa dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
perkongsian yang baik dan saya amat tertarik dengan pendekatan yang dibawakan oleh penulis. sesuai untuk dibaca bagi ibu bapa dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Sebuah buku yang sesuai buat ibubapa dalam mendidik anak anak. Buku ini mengubah pandangan ibu bapa yang selama ini berbeza dalam mendidik anak anak. Buku ini mengajar ibubapa untuk menghormati anak anak meskipun taraf ibubapa lebih tinggi dari mereka. Recommended.