Sebuah Toko Ajaib Buat Penjual Mimpi

ISBN: 9786299465188
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 431

Hidup Alya kucar-kacir sejak suaminya, Sabri disahkan kanser. Kini, dia sendirian menyara keluarga dan menguruskan anak-anak. Keadaan memburuk apabila Sabri memerlukan rawatan imunoterapi. Kosnya mencecah ratusan ribu.

Saat emosi berkecamuk, Alya membawa diri tanpa arah tuju. Tiba-tiba dia berada di sebuah padang hijau luas; di tengah-tengahnya kelihatan satu bangunan dua tingkat tertera nama, ‘Kedai Tukar Apa Saja’.

“Cik Puan Alya perlukan wang, bukan? Di sini, Cik Puan Alya boleh jualkan apa sahaja.”

Terdesak, Alya sanggup menggadaikan satu-satunya bakat dan impiannya. Semuanya demi nyawa suami yang tercinta. Keesokan hari, Alya terkejut besar apabila mendapati akaun banknya benar-benar berisi sejumlah wang.

Setelah menerima rawatan, Sabri makin pulih. Alya gembira bukan kepalang, namun hatinya mula terdetik sesal dek keputusannya menjual bakat. Lebih-lebih lagi apabila dia baru saja menerima tawaran menulis daripada penerbit terkemuka, tapi idea menulisnya bagai enggan hadir. 

Akhirnya, Alya kembali mencari Pak Lemari. Dia tidak sanggup untuk kehilangan bakatnya lagi, walaupun telah digadaikan dengan rela. 

“Kanser Abang dah rampas banyak benda dalam hidup kita. Dia rampas kebahagiaan kita. Rampas cita-cita Sayang. Sayang terpaksa lupakan peluang-peluang menulis yang sedia ada.”

Sanggupkah Alya mendapatkan kembali bakatnya semula, seandainya harganya yang perlu dibayar adalah nyawa insan yang tersayang?