Secebis Cinta Tihani

ISBN: 9789672035633
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Realiti hidup Tihani tak seindah yang disangka. Dia diasuh yang tak semua benda akan berakhir dengan kebahagiaan. Dan kadang-kadang perpisahan itu lebih membahagiakan. Dari situ, dia melihat dunia dengan cara yang berbeza.

“I rasa penting untuk kita kena merancang dengan apa yang kita ada hari ini, untuk kesenangan masa depan.” - Tihani

“Kalau you terlalu fokuskan pada masa hadapan... you akan kehilangan hari ini.” - Imar.

Mungkin betul kata orang, hati seorang Tihani itu terlalu sempit dan tertutup ruangnya. Bagi Tihani, lebih baik mencegah dari merawat hati yang patah. Datang pula seorang Imar, lelaki yang punya hati besar dan sanggup berkorban untuk orang kesayangannya. Dan takdir membuatkan mereka dijodohkan sebagai suami isteri. Alasan Imar kerana desakan keluarganya, manakala Tihani pula dihukum atas kesilapan adik sendiri. Namun bagaimana kalau tembok yang diciptakan Tihani terlalu tinggi untuk Imar jangkau di saat lelaki itu sedar rasa dalam hatinya? Cukup kuatkah cinta seorang Imar kepada Tihani?

Customer Reviews

Based on 2 reviews
50%
(1)
50%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Secebis Cinta Tihani

Sebuah novel yang mengisahkan hubungan antara Tihani Dan Imar yang membawa ke perkahwinan. Jalan cerita yang menarik digarap oleh penulis dan penyusunan plot yang kemas menambat hati pembaca. Pelbagai konflik diketengahkan oleh penulis dan diolah dengan baik. Terbaik.

F
Fida
Menarik

Tihani seorg yg sgt keras hati. Pengalaman pahit perceraian mama papanya membuatkan Tihani amat berhati-hati. Dia tidak mempercayai janji-janji manis yg ditaburkan oleh seorg lelaki. Masalah kekeluargaan yg di alami Tihani membuatkannya terus kuat. Berusaha dgn kudrat sendiri untuk terus maju tanpa mengharapkan bantuan org lain. Percintaan selama 8 thn dinoktahkan begitu sahaja krn tiada kepercayaan terhadap Iqbal. Kehadiran Imar Rashdan akhirnya berjaya meruntuhkan tembok keegoan seorg Tihani tp dibelenggu pula dgn masa silam Imar yg penuh noda.

Selami hati seorang Tihani dalam Secebis Cinta Tihani.