Secret Crush
Publisher,Orabook Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
ALEXANDER EBRAHIM
Dia adalah pencinta wanita tapi bila umur melepasi 30an, dia mula bosan dengan cara hidupnya itu.
Jauh di sudut hati, dia masih mengenang 'gadis' cinta pandang pertamanya yang sama-sama menyertai aktiviti memancing ketika university summer holiday di Hobart dulu. Selepas tamat aktiviti memancing itu, dia memang tidak berkesempatan bertegur sapa dengan si crush.
HEZYA
Dia seorang gadis introvert. Crushnya adalah senior zaman dia belajar dulu, Andy. Dia menyimpan hasrat untuk memiliki lelaki itu lalu dia mengatur beberapa rancangan memikat. Namun semua rancangannya musnah dek kerana Alexander Ebrahim.
"Lelaki muka macam oppa tu crush saya dari zaman universiti tau!" ~Hezya
"Muka macam oppa? Tu bukan Korean. Itu muka Cina servis air cond!" ~Alexander
Hezya bengang dan bermulalah episod percakaran mereka. Dalam diam, Hezya mula jatuh cinta pada Alexander. Bila hati beralih cinta, bertukarlah crush. Dari Andy kepada Alexander.
Tapi mampukah Hezya berterus terang dengan Alexander tentang perasaannya?
Atau lelaki itu kekal sebagai crush saja kerana lelaki itu juga sedang memburu gadis crushnya?