Secret High School
Publisher,Nukilan Biruni Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Sudharma High School (SHS) bukan lagi tempat yang selamat!
Seorang bekas pelajar mendakwa buah pinggangnya hilang selepas pulang daripada Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa.
Berita itu membuat Azka Gionino Nathaniel resah. Lebih-lebih lagi apabila sahabat lamanya, Seno, diumumkan bakal menyertai program yang sama.
Azka tidak mahu kehilangan Seno seperti dahulu. Bersama Arshaka si pelajar baru idola sekolah, Jarrel si penggodam genius, Januar si pakar matematik, Jayden si pemburu maklumat, dan Riky si jutawan muda, mereka membentuk pasukan rahsia untuk menyelamatkan sahabat mereka.
Namun, lawan mereka bukan calang-calang. Di sebalik nama gah "Program Pertukaran Pelajar", tersembunyi sebuah organisasi gelap yang sanggup mengorbankan nyawa demi keuntungan.
Mampukah Azka dan rakan-rakannya membongkar kebenaran... atau mereka sendiri akan menjadi mangsa seterusnya?