
Secret Mission: Black Maria
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Perwira negara bagaikan sebuah perisai ampuh di dalam
pertahanan negara, rela berkorban
jiwa dan raga, hanya untuk melihat kedaulatan tanah air
terpelihara.
Leftenan Megat Harash, code name Alpha 97. Seorang pegawai
TDM ditugaskan mengendali kes jenayah yang semakin mengancam kedaulatan negara.
Pelbagai kejadian tragis menghantui hidup seluruh anggota TDM.
Di sebalik sibuk dengan tugasan melindungi negara, hatinya
jua sibuk mencari seseorang yang dicintai. Tetapi, semua itu tidak semudah yang
disangka. Salah sangka menyebabkan hasrat tulusnya menjadi taruhan.
“Megat Harash, kesalahan terbesar aku adalah berharap pada
kau yang memberikan aku harapan. Aku tak mahu berkahwin dengan pengkhianat
macam kau!”- Rose Helyna
Rose Helyna adalah sahabat, sekali gus cinta hatinya. Ujian
demi ujian membelenggu kisah asmara mereka. Rose Helyna menidakkan kata hati
walau kenyataannya sudah terbentang luas. Megat Harash tertekan hingga
mengambil keputusan di luar kewarasan.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila trak Black Maria milik
PDRM berjaya dicuri oleh kumpulan penjenayah profesional, Geng Lmost. Kejayaan
pihak musuh selangkah ke hadapan mengakibatkan pihak TDM dan PDRM kesulitan
untuk mengawal keadaan.
“Tugas saya sudah berakhir, Megat. Pergilah! Biar saya
terkorban sebagai wira negara dan tunaikan hajat terakhir sebelum pejam mata
dari dunia ini.” - Tuan Azman
Semuanya bagai sudah diatur! Permainan minda menanti Megat
Harash pada misi terakhir.
“Jangan biarkan kejahatan bermaharajalela. Kita berada di
sini agar anak bangsa tidur lena, agar nelayan dapat ke laut untuk menangkap
ikan, agar kesejahteraan dan kedaulatan negara terjamin!” – Megat Harash
Apakah pengakhiran kisah cinta Rose Helyna dan Megat
Harash? Bagaimana pula dengan perjuangan
mempertahankan negara?
Adakah mereka mampu menumpaskan kegiatan jenayah musuh yang
semakin berleluasa?
Selagai nyawa dikandung badan… Tak akan hilang darah dan
keringat untuk negara!
“Akhiri perjuangan ini, kita atau mereka bakal mati!”