Sedetik Lagi (Sekali Lagi #2)
Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.
Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?
Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.
Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?
Sekuel kepada Sekali Lagi, Sedetik Lagi menceritakan tentang Khalis setelah ter-'time travel' ke masa lalunya. Novel ini agak action-packed and mysterious from the beginning, shows how tak tenangnya hidup Khalis sejak dia time travel, how it affects his relationships with some people like Ghazali and Nadiah. But, I ADORE how Khalis and Ghazal. Plot twist di penghujung was pretty mind-blowing and also contributed to the timeline confusion. Also, that cliffhanger at the end though.
Sebuah buku yang merupakan sekuel kepada buku Sekali Lagi. Bergenre thriller Dan misteri menjadi latar dalam buku ini. Gaya penulisan yang mudah difahami dan menarik sesuai untuk bacaan para remaja. Buku yang memberi pengajaran dan pesanan antaranya ialah untuk pandang ke hadapan dan menjadikan masa lalu sebagai pengalaman untuk bangkit menuju ke hadapan.
Sangat best! Penyampain yang sangat tenang dan santai. Bacaan yang ringan dan mudah difahami. Penggunaan bahasa yang sesuai dan watak-watak yang wujud tepat dengn gaya penceritaan.