Sehingga Yang Patah Tumbuh
Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 395
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Kamu kata, kamu tak hidup dengan kenangan. Jadi kenapa masih terkesan dengan hal lalu?”
Nawal Hamdi tekad. Kali ini dia memilih bersendirian. Dia tidak lagi berharap pada ayahnya. Dia tidak lagi peduli pada Wadi, lelaki yang telah menghancurkan harapannya. Mana mungkin perempuan yang kuat sepertinya kalah dengan emosi sendiri.
Nawal membawa diri jauh ke London demi menjejaki kakaknya. Sudah lima tahun kakaknya menghilang tanpa khabar setelah berkahwin dengan lelaki pilihan. Tanpa diduga, keberadaannya di sana mencetuskan perbalahan lain pula apabila Nawal tersepit dalam konflik rumahtangga sahabat baiknya.
Pencarian Nawal tiba-tiba dikejutkan dengan khabar ngeri bahawa kakaknya disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Ketika ini, kehadiran Ali seolah menawarkan harapan, sedang hatinya tidak sedia dilukai lagi.
Kemelut yang tidak berkesudahan membuatkan Nawal semakin terbelenggu. Nawal mulai sedar, demi menemukan semula kebebasan jiwanya, ada sesuatu yang dia perlu tawan - egonya.