Seindah Solat Nabi
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Kebanyakan kita mungkin beranggapan solat sebagai bebanan dan tanggungjawab semata-mata yang mahu dilepaskan untuk mengelakkan diri daripada dosa. Sebaliknya, persepsi yang sebenar ialah solat merupakan hadiah yang paling berharga daripada Tuhan untuk kita bermunajat dengan-Nya.
Hal solat ini sangat penting untuk difahami agar solat kita bukan hanya semata-mata pergerakan anggota badan yang zahir. Bahkan melangkaui kepada suatu amal yang bermakna dan bernilai maknawi dan spiritual.
Inilah tuntutan yang disebut dalam al-Quran.
MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI?
- Menjelaskan pengertian solat, faedah dan kepentingannya bagi seorang Muslim.
- Menghalusi rukun-rukun solat dan kaifiat melaksanakannya.
- Menerangkan makna di sebalik bacaan dan zikir yang disyariatkan dalam solat.
- Membahaskan sebahagian solat terpilih seperti solat duha, solat rawatib dan sebagainya.
- Memberi solusi berkesan kepada beberapa permasalahan yang berlaku dalam masyarakat berkaitan solat seumpama was-was dalam solat, solat orang sakit, jamak dan lain-lain lagi.
- Penulisan secara santai penuh dengan fakta yang padat dan tepat.