Sebuah naskah sejarah yang mengupas tentang kekeliruan besar dalam penulisan tentang sejarah semenanjung tanah Arab. Buku ini cuba mengisi kekosongan sejarah Makkah dan Madinah yang terabai sejak berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Ia membahas dan mengkaji dari perspektif sejarah yang lebih luas, benar dan tepat. Tidak hanya diruang lingkup perkembangan agama sahaja iaitu sebagai pusat agama dan pusat ibadah. Bagi anda yang suka membaca naskah-naskah sejarah, anda patut membaca buku ini. Selain menambahkan pengetahuan ia membantu kita melihat sejarah bumi Haramain ini dari sudut yang lain.