Sejarah Masjid-masjid Agung di Timur Tengah

ISBN: 9786297706306
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Masjid adalah pusat ibadat yang suci bagi umat Islam, sama seperti setiap penganut agama mempunyai rumah ibadat mereka masing-masing. Buku ini meninjau tentang sejarah masjid-masjid agung (great mosques) di Timur Tengah. Maksud "agung" di sini merujuk kepada nilai sejarahnya (secocok dengan bidang pengkhususan penulis buku ini), iaitu kaitannya dengan episod-episod penting dalam konteks masa dan tempat tertentu dalam sejarah Islam. Ini kerana dalam sejarah pembukaan Islam (al-futuhat al-Islamiyah) atau perkembangan dakwah Islam di mana-mana negeri sekalipun, cirinya yang penting ialah mendahulukan pembinaan masjid yang berfungsi bukan sahaja sebagai pusat ibadat dan dakwah, malah berbagai-bagai fungsi lain lagi. Asasnya bermula sejak penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, di mana usaha pertama yang dilakukan ialah membina masjid di Quba'.

Sebagai pertanda betapa agungnya masjid-masjid sebagai pusat ibadat dan setengahnya berkembang sebagai pusat pengajian tinggi yang ulung di dunia, sehingga pihak Universiti Oxford sendiri mengiktiraf lima universiti tertua di dunia seperti berikut: Universiti al-Zaytuna, Tunisia (737 M), Universiti Qarawiyin, Morocco (859 M), Universiti al-Azhar (972 M), Universiti Bologna, Italy (1088 M), dan Universiti Oxford, England (1096 M).

Di samping nilai sejarahnya yang agung, buku ini juga turut mengupas tentang keagungan masjid dari segi keseniannya, baik dari segi seni bina (architecture) mahupun dari segi seni hiasnya (decoration/omamentation). Pedomannya ialah pada Hadis Nabi riwayat Muslim: "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, Dia suka kepada keindahan. Kesombongan itu lalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia."

Bagaimanapun dalam menggalakkan agar membina masjid yang indah, Rasulullah juga melarang sikap berlebihan dan bermegah-megahan dalam melakukannya, kerana ia merupakan salah satu tanda kiamat. (Riwayat Ahmad).