Sejarah Rakyat (Khususnya Perkembangan Nasionalisme) Malaysia
Publisher,SIRD
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Buku ini ialah untuk mengemukakan dengan ringkas Sejarah Rakyat Malaysia (dulu Malaya). Pendekatannya berbeza dengan yang biasa terdapat dalam buku-buku yang boleh dikatakan sebagai Sejarah Rasmi. Sifatnya lebih popular dan tidak akademik, supaya mudah dibaca oleh khalayak ramai, tidak kira muda ataupun tua. Bidang sejarah rakyat Malaysia sangat luas dan tidak mungkin ditangani secara meliputi seluruhnya dalam sebuah buku sekecil ini. Oleh kerana itu penulis menumpu perhatian khususnya kepada satu sudut daripadanya sahaja, iaitu perkembangan nasionalisme atau semangat kebangsaan. Boleh dikatakan perkembangan nasionalisme ini merupakan aspek paling penting dalam sejarah Malaysia, kerana ia melibatkan fasa pembentukan negara-bangsa kita yang membawa banyak perubahan.
wajib milik jika anda seorang pencinta sejarah, lebih lebih lagi berkaitan dengan perihal sejarah pasca penubuhan Malaysia.
Penulisan menyeluruh mengenai sejarah Malaysia dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Penulisan menyeluruh mengenai sejarah Malaysia dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Penggunaan bahasa yang sangat mudah dibaca untuk bahan ilmiah. Mengenal erti cintakan negara. Nasionalisme harus tersemai kepada semua rakyat tak kira bangsa supaya penyatuan kita semakin kuat.
Penggunaan bahasa yang sangat mudah dibaca untuk bahan ilmiah. Mengenal erti cintakan negara. Nasionalisme harus tersemai kepada semua rakyat tak kira bangsa supaya penyatuan kita semakin kuat.