Sejuta Jiwa yang Telanjang
Author: Waibibudi
ISBN: 9789670591735
Checking local availability
Title
RM18.00
Publisher,Lejen Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Aku tak tahulah siapa lagi di daerah kami yang pernah belajar di MCKK pada waktu itu. Tetapi di Sungai Besar, hanya bapa aku seorang saja. Sebab itulah, orang kampung hormat betul dengan bapa aku. Betapa hebatnya penangan MCKK pada masa itu, sampaikan ramai perempuan yang beratur nak jadikan bapa aku suami diorang. Gila betul!
Malangnya aku tak macam bapa aku. Tak ada siapa nak jadikan aku pakwe diorang, apatah lagi suami. Bukannya sebab rupa paras aku jenis ‘pecah rumah’. Kalau tengok lama-lama kat cermin, sedap juga muka aku ni sebenarnya. Tetapi hanya diorang saja yang tahu mengapa diorang tak nak jadikan aku pakwe diorang.
“Budak Budi tu kau tak minat ke Timah?” tanya Saleha pada kawannya, Fatimah sebaik melihat aku berjalan dari kantin menuju ke kelas. Aku hanya pasang-pasang telinga cuba mendengar apa yang dua orang gadis yang perasan diva itu borakkan semasa aku melintas di hadapan mereka.
“Entah, tak berkenan aku ke dia tu. Macam tak ada masa depan je aku rasa kalau kahwin dengan dia. Hihihi.”