Sekati Gandum, Secubit Garam
Publisher,Telaga Biru Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 176
Berakhlak dengan akhlak yang baik itu tidaklah mudah, ia
memerlukan didikan sejak kecil dan usaha berterusan untuk
mengekalkan kelakuan yang mulia itu agar terus sebati dalam diri.
Individu yang berakhlak mulia lebih cenderung untuk dihormati
dan disenangi manusia apatah lagi jika terzahir nilai- nilai Islam
pada dirinya.
KELEBIHAN BUKU INI:
• Sedikit sebanyak mendorong semangat kita dalam berakhlak
dengan sebaik-baik akhlak.
• Gaya bahasanya yang santai dan bersahaja membuatkan kita
akan menyelak helaian demi helaian sehingga tidak menyedari
sudah sampai ke helaian yang terakhir.
• Ia suatu galakan supaya kita meningkatkan adab dan akhlak kita
melebihi kadar ilmu yang kita ada.
ABDUL WAHAB PALOH NYIOR
• Dilahirkan pada tanggal 14 Jun 1986 di Kampung Paloh Nyior, Kuala Berang, Hulu
Terengganu.
• Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok, Hulu Terengganu
sebelum menyambung pendidikan di SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala
Terengganu.
• Juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti alAzhar, Kaherah, Mesir manakala Ijazah Sarjana dan PhD dalam bidang kekeluargaan
Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
• Sekarang, merupakan pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Tamadun Islam, Fakulti
Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan.
• Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: abdulwahabmdali14@gmail.com.