Selalu Ada Dia
Publisher,Kaseh Aries
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Dalam banyak-banyak pekerja, kenapa encik pilih saya yang temankan encik?” - Liya.
“Aku suruh, buat saja. Tak payah tanya kenapa. Aku tak suka.” - Afiq.
Tanpa sengaja, Afiq telah bermain dengan nyawa Liya. Demi membetulkan keadaan, Afiq menoktahkan semuanya dengan ikatan perkahwinan. Walaupun Liya tahu, dalam hati Afiq ada nama Suri.
“Mudahnya encik jadikan saya kambing hitam untuk selamatkan Suri. Encik tak ada perasaan ke?” - Liya
“Mata tu cover sikit. Terkeluar nanti, turun harga hantaran.” - Afiq
Bukan mudah menjadi isteri seorang Afiq. Dia selalu diganggu roh wanita yang berdendam dengan keturunan keluarga Afiq, dan ugutan seorang pembunuh yang obses. Dalam waktu yang sama, Liya meragui perasaan sebenar Afiq kepadanya.
“Siapa yang awak harapkan jadi pendamping awak sebenarnya? Suri?” - Liya
“Aku tahu bagaimana mencintai orang yang tidak cintakan kita. Sakit, Liya. Sakit sangat.” - Afiq
“I tak pernah cintakan mana-mana lelaki, Fiq. Tapi dengan you, I tak mampu menidakkan perasaan I.” - Suri
Namun benarkah di hati Afiq ada Suri, bukannya Liya? Bagaimana pula dengan roh yang mengganggu Liya? Adakah wanita itu ada kaitan dengan rahsia besar keluarga Afiq yang Liya tidak pernah tahu?
Suatu ketika dahulu, mereka teman sekelas yang tidak saling menyapa. Beberapa tahun kemudian, hubungan mereka bertukar kepada majikan dan pekerja. Majikan yang dingin tetapi suka membuli si pekerja.
Namun benarkah di hati Afiq ada Suri, bukannya Liya? Bagaimana pula dengan roh yang mengganggu Liya? Adakah wanita itu ada kaitan dengan rahsia besar keluarga Afiq yang Liya tidak pernah tahu?
saya rasa tak rugi bila baca buku selalu ada rindu ini. Selain dari kisah cinta ia juga menyelitkan misteri yang buatkan kita teruja ingin tahu apa sebenarnya yg berlaku. Menarik!
Selalu ada dia, novel ni memang best plot cerita x membosankan..
boleh la layan time bosan2 lockdown ni..
org kata isi masa lapang dengan sesuatu yg bermanfaat? hahah
apa pun best novel ni!
Penceritaannya sangat dramatik. Pelbagai konflik dalaman yang tidak tahu akan kesudahannya. Tetapi yang menariknya bila terbongkarnya segala rahsia Afiq yang menjadi tanda tanya Liya selama ini.
Penceritaannya sangat dramatik. Pelbagai konflik dalaman yang tidak tahu akan kesudahannya. Tetapi yang menariknya bila terbongkarnya segala rahsia Afiq yang menjadi tanda tanya Liya selama ini.