Selalu Ada Untukmu
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Yang aku selalu tahu, kau adalah untukku. Ziyara yang tidak pernah mencintai lelaki, terjatuh cinta dengan majikannya sendiri. Lelaki yang punya aura, walaupun sudah berusia. Selama ini dia tidak terfikir akan terlibat dalam cinta skandal seperti ini. Namun, dirinya dikhianati lelaki itu. Disebabkan insiden yang tidak pernah Ziyara terfikirkan itu, dia terpaksa tinggal dengan lelaki yang nampak macam bencikan dia sebagai perempuan iaitu Hanz.
“Dengan aku, masih boleh berkompromi. Dengan orang lain, aku tak jamin. Entah-entah sekarang kau sudah diratah orang.” - Hanz.
Mujurlah Hanz bukanlah lelaki yang boleh mengapa-apakan dia. Tapi, kenapa Hanz menyimpannya sedangkan Hanz sendiri tidak sukakan dia? Siap ajak kahwin pula tu. Setelah lama bersama Hanz, Ziyara cuba membawa Hanz kembali ke pangkal jalan. Tidak mahu Hanz terus tersesat. Ziyara sangka Hanz bencikan lelaki, sedangkan bukan begitu. Hanz cuma bencikan Ziyara berbaju kurung. Eh, ada pula lelaki yang alergi baju kurung ya!
“Kau nak cuba sama ada aku boleh tertarik dengan perempuan macam kau?” - Hanz
“Dah banyak kali saya buat, awak tak tertarik pun.” - Ziyara
Kerana sayangkan Hanz, Ziyara mahu menyempurnakan misinya. Godaan demi godaan ditunjukkan di depan Hanz. Mahu lihat sejauh mana Hanz sanggup bertahan. Sudahnya, Ziyara pula yang tak berapa nak bertahan.
“Si penggoda kena terima kalau orang yang digoda tu sudah tergoda.” - Hanz
Bila itu yang diucapkan Hanz, Ziyara pula yang gelabah. Gelabah-gelabah pun dia rela. Hanz kan suaminya. Namun, manis-manis kisah mereka tetap ada masam dan pahitnya. Yang penting, Ziyara tahu Hanz selalu ada untuknya.
Walaupun jalan cerita yang banyak konflik tapi watak Ziyara yang ingin mengubah suaminya ke arah kebaikan dari terus tersesat. Menarik untuk di baca.
Sangat suka dengan jalan cerita yang ada dalam novel ni dengan konflik dan kekalutan perasaan semua ada tercerita didalam novel ni