Selendang dari Sadim

ISBN: 9789670883021
Checking local availability
RM19.00
Product Details

Publisher,Cute Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Sekali selendang ini tersarung di kepala mu Selama-lamanya kau akan menjadi milik ku.

Rumiha yang menjadi mangsa kezaliman suaminya telah menemukan dirinya dalam lindungan dunia halus. Namun cinta terlarang yang terjalin antara mereka tidak mungkin disatukan dalam ikatan yang sah kerana masing-masing terikat oleh hukum alam. Rumiha, bagaimanakan takdir wanita malang ini?

“Ya, aku lelaki durjana. Yang tidak kenalkan pahala mau pun dosa. Tapi lelaki seperti dirimu, apa tidak bertaraf durjana sepertiku? Membiarkan isterimu menderita dalam penjara yang dirimu cipta. Tidakkah dirimu juga termasuk dalam kelompok yang sama?” ~ Daim

“Sekurang-kurang aku masih suaminya. Sedangkan kau, apa ada sebarang pertalian? Yang aku tahu kau memikul dosa kerana berhubungan dengan wanita yang sudah bersuami. Dan wanita itu adalah isteriku! ~ Hamad

“Dah puas bercengkerama?” suara Hasmad bergema perlahan. Namun cukup untuk membuatkan Rumiha gentar. Tahu suara itu berbaur sindiran. Tambah mengecutkan tangkai hati bila hujung parang yang masih bersalut sarung kayu itu singgah di batang tengkuknya yang tersarung selendang putih bercorak bunga halus. Tubuh Rumiha menggigil semakin kuat.

“Patutlah setiap kali pulang ke rumah, aku tengok badan kau bersarung baju kurung. Lepas itu badan kau bau wangi. Rupanya kau buat kerja terkutuk belakang aku?!” memetir suara Hasmad sehingga terangkat bahu Rumiha. Tangannya semakin kejap menggenggam hulu parang. Sehingga jelas urat-urat tangannya yang kebiruan menimbul.

“Abang Mad, Miha boleh terangkan...”
“Ya, aku cintakan isteri kau,” potongnya sebelum sempat Rumiha menghabiskan kata-kata. “Cinta aku terhadap Miha, tak setanding air di lautan, tak termampu dikejar gunung mencecah awan. Cinta aku ikhlas. Tulus dari hati, bukan seperti dirimu yang memperjudikan ikatan suci itu demi hasutan nafsu,” tenang dia berbicara tanpa ada rasa gentar. Tidak mengendahkan akibat yang bakal diterima.
 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)