Sell Your Way To The Top - Edisi Bahasa Melayu (2023)
Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 176
Shelf: Mutiara Minda / Pemasaran & Pengiklanan / Pemasaran (Am)
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Sell Your Way to
the Top memberikan panduan
dan bimbingan tentang langkah tepat yang perlu dilakukan untuk mencipta kerjaya
jualan yang menguntungkan dalam sebarang persekitaran atau industri dengan
menambah baik proses perbualan jualan anda melalui soalan bermatlamat dan imej
yang jelas.
Satu perempat
bilion orang sudah melaksanakan strategi jualan Zig Ziglar dan memperoleh
kejayaan cemerlang dengan meningkatkan prospek mereka, mengembangkan pangkalan
pelanggan mereka dan seterusnya menjadi bintang jualan yang hebat.
Kebijaksanaan dan kecerdasan Zig sudah membantu berjuta-juta jurujual
mempelajari:
- Cara berfikir seperti penjual dan pembeli
untuk hasil yang luar biasa
- Cara kejujuran dan kebaikan memberikan jualan
- Kuasa paparan positif
- Cara menggunakan berus cat lisan untuk
menetapkan keadaan
- Betapa pentingnya soalan dalam membuat jualan
- Rahsia mencuba-dan-memuktamadkan-jualan yang
benar-benar berkesan!
Kejayaan adalah
gabungan ramuan khusus yang sama-sama membantu anda mencapai matlamat yang
diinginkan. Menggunakan anekdot yang menarik dan strategi konkrit yang boleh
diamalkan, Zig berkongsikan pelbagai ilmu berharga dunia jualan dalam Sell
Your Way to the Top, termasuk:
-
Dua Puluh Lima Poin Jualan
-
Empat belas Pelajaran Jualan Kehidupan Sebenar
-
Enam Kunci Jualan
-
Jual Imaginasi
-
Menangani Bantahan
-
Memuktamadkan Jualan
-
Rahsia Penjualan Yang Berjaya
-
Yakinkan Diri Anda Tentang Penjualan
Sell Your Way to
the Top bukan sahaja
mencabar dan memotivasikan, ia turut memberikan kemahiran praktikal yang
terbukti dapat membantu anda memuktamadkan jualan pada hari ini. Pada masa yang
sama, anda akan turut dapat membina kolam pelanggan dan kerjaya jualan yang
cemerlang pada masa hadapan. Sepanjang perjalanan, anda akan belajar cara
mengubah kejayaan kepada kepentingan sehingga akhirnya anda sendiri berusaha
untuk membantu orang lain mendapatkan apa yang mereka perlu dan inginkan.