Semalam
Publisher,Fixi Verso
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 490 g
No. of Pages,
Terjemahan novel bestseller antarabangsa YESTERDAY. Bagaimana kes pembunuhan dapat dirungkai jika kita hanya mampu ingat apa yang terjadi semalam sahaja? Bayangkan sebuah dunia yang terbahagi mengikut jumlah ingatan sesuatu golongan, dan bukannya mengikut harta kekayaan mahupun kepercayaan agama. Golongan majoriti Mono cuma punya memori selama satu hari, manakala golongan elit Duo punya dua hari. Dalam masyarakat berstrata yang mendiskrimasi golongan Mono daripada memegang jawatan tinggi, perkahwinan campur Claire dan Mark adalah sesuatu yang unik. Claire seorang Mono, juga suri rumah yang rajin. Mark, seorang Duo, juga novelis yang berhasrat menjadi ahli politik. Pasangan yang menjadi contoh unggul sikap toleransi dan kesamaan, hinggalah… Seorang wanita cantik ditemui mati. Mayatnya dihumban ke dalam Sungai Cam di England. Wanita itu adalah perempuan simpanan Mark. Ini menjadikan Mark suspek utama pembunuhan. Detektif yang menyiasat kes itu punya rahsia sendiri. Begitu juga si mangsa. Bila ingatan pendek detektif dan suspek asyik terpadam, bagaimana mungkin kebenaran dapat dicungkil? Penceritaan disampaikan dari empat perspektif berbeza, iaitu Mark, Claire, detektif penyiasat, dan mangsa. Novel debut Felicia Yap yang amat kreatif membawa pembaca pada perlumbaan melawan masa yang asyik berubah dalam mencari si pembunuh.