Sembahyang Anda Mungkin Ditolak Walaupun Sah: Suatu Analisis

ISBN: 9789671106426
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Karisma Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Memang ada golongan yang sembahyangnya ditolak. Misalnya ialah seperti yang disebut oleh sebuah hadis;

‘Tiga orang yang sembahyangnya tidak sampai melampaui telinganya, iaitu seorang budak yang melarikan diri sampai dia pulang kembali, seorang isteri yang semalaman suaminya murka kepadanya, dan seorang imam yang mengimami suatu kaum sedangkan kaum itu tidak menyukainya'. (HR Tarmizi dan Ahmad)

Frasa kata tidak sampai melepasi telinganya ini bermaksud tidak diangkat ke langit, atau dengan kata lain tidak diterima. Sebuah hadis lain menyebut, maksudnya;

‘Tidak ada sembahyang bagi tetangga masjid, selain dalam masjid'. (HR Adarqathani)

Yang maksudnya, orang yang berjiran dengan masjid tetapi mendirikan sembahyang di rumahnya, adalah sama dengan orang yang tidak menunaikan sembahyang.

Inilah tiga golongan yang sembahyangnya ditolak walaupun sah. Mengapa ditolak!

Selain daripada sebab-sebab di atas ini, antara lain yang disebut oleh buku berkenaan ialah kerana:
- tidak menegakkan Islam (Islam dalam ertikata way of life),
- tidak menegakkan hablum minallah, iaitu hubungan antara manusia dengan Tuhan-nya,
- tidak membina akhlak dan keperibadian,
- tidak mencegah dari perbuatan keji dan mungkar,
- tidak membawa rahmat kepada manusia lain dan makhluk keseluruhannya.
 
Sebab yang keempat itu sudah biasa kita dengar namun penjelasan yang diberikan oleh buku ini sangat berbeza sama sekali. Buku ini mengambil contoh-contoh kemungkaran daripada kejadian-kejadian dalam kehidupan seharian seperti lalulintas, parker, membuat gangguan bau, bunyi dan sebagainya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)