SEMPURNA
Publisher,FIXI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 260
Mereka berlima mempunyai satu tradisi. Dua tahun sekali, mereka akan berkumpul untuk sebuah weekend reunion. Dua tahun sekali tanpa gagal. Sehinggalah reunion mereka yang keempat, salah seorang daripada mereka memecahkan berita bahawa dia punya kanser paru-paru yang fatal.
Berita itu mengubah landskap grup mereka, walau seketat mana pun mereka cuba berpegang sesama sendiri. Reunion kelima membawa mereka menyusuri satu perjalanan yang diatur si penghidap kanser. Setiap daripada mereka diberi klu, untuk mencari sesuatu yang ditinggalkan sahabat mereka yang sudah pergi.
Ini kisah perjalanan lima sahabat rapat, yang kini tinggal empat.
best friendship no border
Tajuknya Sempurna namun kisah didalamnya jauh dari Sempurna.. 5 orang sahabat yang dah berkawan dari zaman sekolah.. Ada tradisi tersendiri iaitu berkumpul setiap 2 tahun.. Namun pada pertemuan terakhir, rakan mereka Kurt memberitahu yang hidupnya dah tak lama.. Setelah kehilangan Kurt mereka iaitu Liz, Aira, Sid dan Emir menerima bungkusan dengan klu yang berbeza.. Maka mereka berempat mula menyulusuri kisah lama dalam menunaikan misi akhir dari Kurt.. Ending yang kau tak jangka namun.. Buku yang berjaya beri emosi dan menyentuh perasaan dari awal kau baca…
Tema persahabatan. Friendship, word yg paling sensitif bg aku. Bila baca cerita ni, aku teringat balik all the memories aku dgn kawan2 aku create. Kawan since sekolah sampai la uni. Rindu wey. Susah nak dapat friendship mcam Emir,Kurt,Sid,Aria and Liz ni. But different people, different stories.