Sempurnakanlah Solat Anda Agar Tak Sia-Sia

ISBN: 9789670528946
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Jasmin
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Rasulullah SAW memberitahu bahawa agama Islam itu dibina berpandukan lima tiang. Dengan adanya tiang, maka dapat ditegakkan dinding suatu bangunan dan dapat diletakkan bumbung di atasnya. Apabila tiang-tiang ini roboh, maka hancurlah seluruh dinding dan bumbungnya.
 
Kelima-lima tiang ini adalah mengucapkan dua kalimah syahadah, solat, zakat, haji dan puasa.
 
Tidak diragukan lagi, solat merupakan salah satu rukun yang paling utama setelah dua kalimah syahadah, kerana solat merupakan ibadah yang paling baik dan paling dekat dengan Allah. Di samping pula solat merupakan penghubung antara hamba dan Tuhannya. Solat juga dapat diertikan sebagai rangkaian memperbaharui janji antara hamba dan Tuhannya selama sehari. Ketika suara azan berkumandang (marilah menuju kemenangan), maka seseorang datang mengadap Tuhannya dengan penuh rasa tawaduk dan khusyuk. Kemudian dia berdiri di dalam masjid dengan penuh kerendahan diri, takut kepada azab-Nya dan haus akan rahmat-Nya. Kemudian dia bermunajat kepada Tuhannya dengan penuh mengagungkan nama dan sifat-sifat-Nya, melantunkan puji-pujian kepada-Nya, meletakkan kening dan hidungnya ke tanah sebagai tanda kerendahan diri, berserah diri kerana kebesaran-Nya, sekalipun hamba itu seorang yang mulia di mata manusia.
 
Aku tidak melihat ada satu ibadah seperti solat yang mampu menjadikan hamba menggambarkan kesempurnaan kehambaannya dan sangat berharap kepada sang pencipta.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)