Semuanya Untuk Cantik Memahami Realiti Beauty Privilege Dalam Dunia Yang Hanya Menilai Kecantikan Luaran
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 200
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Siapa kita sebenarnya kalau dunia tidak melihat paras rupa?”
Dari kecil sehingga dewasa, perkara pertama yang mudah untuk ditegur orang tentang
diri ialah rupa fizikal kita.
“Pendeknya kau.”
"Muka kau bulat sangat."
Maka kita berhempas pulas, berusaha pelbagai cara untuk “mencantikkan” diri, agar
lebih diterima masyarakat dan tidak ditembak dengan kata-kata yang menghiris hati. Tak
kurang juga berharap agar tidak hanya dipandang cantik luaran saja.
"Biar muka buruk, asalkan perangai cantik."
Namun, salahkah kalau kita mahu menjadi cantik?
Bukankah cantik akan membuatkan kita lebih istimewa dan bahagia?
Dalam buku Semuanya Untuk Cantik ini, para penulis mengajak kita untuk merefleksi
kembali "erti cantik" yang telah banyak mempengaruhi kehidupan, sehingga terkadang
kita terlepas pandang pada perkara yang lebih memberi makna pada diri.
Diri anda sekarang ini; adakah ia diri anda yang sebenar atau hanya sekadar persona
yang anda cipta supaya diterima dunia?