Semusim di Divonne

ISBN: 9789670508658
Checking local availability
RM19.00
Product Details

Publisher,Jemari Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Rindu kerana kamu tiada di sisi...

Semusim di Divonne. Itu janji Mira untuk menemani kakaknya yang sedang sarat menunggu hari melahirkan. Musim luruh di Divonne sangat mengujakan Mira yang tak pernah mengalaminya. Namun Mira rasa terganggu dengan kelibat jiran kakaknya yang kerap kali muncul secara tiba-tiba seperti hantu.

“Nama saya Marc Francois!”

Sepanjang berada di sana, Hantu Mi Suah itu benar-benar menghantui Mira. Tapi ‘hantu' itu jugalah yang mewarnai hari-harinya. Musim luruh di Divonne telah mencuit hati Mira dengan rasa cinta. Namun, biar hati perempuannya mudah diusik, dia cuba menafikan rasa itu. Dia tidak mahu jadi seperti kakaknya.

Kerana tidak mahu keseorangan, Mira memberikan hatinya pada Isam, kawan lama yang setia menunggunya, yang disandarkan harapan agar menjadi pelindungnya.

Adakah kisah Mira dengan Marc Francois berakhir begitu sahaja? Tu me manques. Adakah kata-kata Marc lewat kiriman poskad kepada Mira ini punya maksud tersirat?

Dan dapatkah Isam membahagiakan Mira seperti yang diharapkan?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)