Sendiri Mau Ingat
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kejayaan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj hari ini adalah terjemahan daripada kesusahan masa silam. Beliau tidak pernah menyerah kalah, malah sentiasa bangkit membina nasib agar selari dengan namanya - Tuah.
Menurut Dr. Tuah, "Kejayaan sebenar dilihat pada penghujungnya sebab awalan hanyalah langkah untuk membina kejayaan. Jadi, berusahalah mencapai tahap akademik yang teratas. Tapi, kalau tak dapat... jangan kecil hati dan susah hati sangat. Buat yang terbaik, jadi orang mulia dan beragama, itu pasti berjaya namanya."
Melalui pembacaan buku-buku seperti inilah antara langkah menuju kejayaan dan keterbilangan. Kalaupun hari ini anda tidak berjaya meraih ijazah, tapi bila anda berjaya nanti, universiti yang akan mencari anda untuk diberikan anugerah. Bagi anda yang sudah ada ijazah pula, tidakkah anda patut rasa luar biasa bagus?
Syabas kepada anda kerana memiliki buku Sendiri Mau Ingat yang ternyata santai, tetapi amat berkesan ini.