Sentuhan Cinta Tuan Haji

ISBN: 9786297509358
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 425

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Menjadi ibu tunggal dalam usia yang muda bukanlah satu pilihan. Demi kelangsungan hidup bersama anak kesayangannya, Sumaiyyah bekerja sebagai tea lady di sebuah syarikat.

Kehadiran seorang ‘Tuan Haji’ sebagai majikan, telah menghuru-harakan hidup Sumaiyyah. Bermula dari satu kejadian yang cukup memalukan, sehinggalah terjadi kejadian yang lebih memalukan, akhirnya mereka tidak dapat menolak takdir.

“Kenapa Tuan Haji setuju? Tuan Haji tahu tak yang saya tak nak kahwin? Saya tak nak!” —SUMAIYYAH

“Nak saya listkan satu per satu ke bahagian mana yang saya dah tersentuh?” —ASHRIQ

“Itukan tak sengaja. Tak perlulah... Tuan Haji... nak ungkit-ungkit.” —SUMAIYYAH

“Saya tetap mahu bertanggungjawab. Saya pun jadi risau sebab asyik tersentuh aje.” —ASHRIQ

Sumaiyyah nekad tidak mahu berkahwin lagi. Tetapi campur tangan orang tua memaksa Sumaiyyah supaya akur. Tuan Haji muda menjadi pilihan. Tatkala rasa bahagia mula berbunga, Shamsul datang membuat onar.

“Abang menyesal, sayang. Berilah abang peluang, ya?” —SHAMSUL

Tak cukup dengan itu, Sabrina kekasih lama Ashriq juga muncul dan ingin kembali.

"Sejujurnya, I tak pernah khianati hubungan kita.” —SABRINA

“Allahu Akbar. Kenapa you tak beritahu I, Rina?” —ASHRIQ

Hati Sumaiyyah diuji lagi. Apa pilihan yang dia ada setelah cubaan dengki dan khianat meranapkan sentuhan cinta Ashriq kepadanya? Masihkah ada ruang kemaafan untuk sebuah penyesalan?

 

Dimensi: 12 x 3 x 19 cm

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)