Senyum Tanda Suka

ISBN: 9789673652457
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Amani, dia dingin dan kaku. Namun kerana dirinya begitu, membuatkan Izz jatuh hati kepadanya. Namun, Amani begitu sukar untuk didekati. Sikap Amani ada kalanya mencabar kesabaran Izz.

“Berani awak?!”
“Awak marah sebab saya pegang awak?”
“Lepaskan!”
“Awak nak pergi? Baiklah. Assalamualaikum.” Amani diam.

“Assalamualaikum. Awak tahu tak yang memberi salam itu sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib. Kalau awak tak tahu, anggap saja ini pelajaran awak yang pertama untuk hari ini. Kalau awak nak saya lepaskan awak, jawab salam saya!”

“Waalaikumussalam.” Kekasaran Izz membuatkan Amani membencinya. Namun dalam kebencian itu, dia akui bahawa hanya Izz yang selalu berada di sisinya. Saat hatinya mula lembut dengan Izz, Izz pergi meninggalkannya. Setelah lapan tahun Izz kembali semula. Namun saat itu, kepercayaannya kepada Izz telah hilang.

Sekali lagi Izz berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Amani. Apakah kali ini Izz akan berjaya setelah hati Amani terluka?

“Hei, Amani. Kalau awak malu, cukuplah kalau awak senyum. Senyum tanda suka.”
“Kalau tak senyum?”
“Senyumlah, sayang...”

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)