Seratus Persen Milikku
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kalau monyet katalah monyet,
Boleh saya hulurkan pisang,
Kalau perit katalah perit,
Kenapa tercongok sorang-sorang. – NANA
Kalau murai katalah murai,
Jangan mengaku jadi ayam;
Kalau barai katalah barai,
Siram bunga penuh kejam. - JIJAI
Jijai jatuh hati pada Nana. Lani pulak suka pada Jijai. Tercetus cinta bersegi-segi antara Jijai, Nana dan Lani.
Tapi, Lani kuat semangat. Dia gagahkan diri memikat Jijai. Sedangkan Nana tetap selamba tidak pedulikan Jijai biarpun Jijai sabar menanti cinta Nana.
Namun, ada masa... pandai pula Nana tunjuk cemburu. Lebih kepada sakit hati kerana terasa dipermainkan oleh Jijai dan Lani.
Jijai dengan perangai poyo, Lani dengan perangai gediknya. Sesuai sangatlah dua manusia tu berpasangan. Bagai pinang tak dibelah-belah.
Tapi bila nampak kelibat Jijai dan Lani bercinta-cintun, kenapa dadanya rasa nak pecah?
Kenapa urat wajahnya bertukar jadi Hulk. Kata tak suka Jijai!
Nana akur, hatinya tidak dapat menipu. Dia tunjukkan perasaan pada Jijai. Jijai pulak dah start tarik tali, lebih-lebih lagi munculnya Rosalinda.
Dulu Nana dan Lani, kini... datang pulak kekasih lama menabur cinta kembali. Jijai dah haru-biru.
Sanggupkah Nana membiarkan Jijai jatuh ke pangkuan Lani? Siapakah yang memiliki seratus persen hati mereka sebenarnya?
Biarlah sang waktu yang menentukan arah hubungan mereka, sama ada dimiliki 100% atau sebaliknya.