Seri Penampilan Kediaman Yang Sihat

ISBN: 9789831979792
Checking local availability
RM32.90
Product Details

Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi telah membawa pelbagai perubahan kepada infrasruktur pembinaan rumah. Oleh itu, terdapat pelbagai reka bentuk rumah yang dibina setiap hari. Namun, dalam kebayakan reka bentuk rumah ini, amat jarang yang menekankan seni bina yang menekankan aspek kesihatan. Kepadatan penduduk, kesukaran mendapatkan rumah dengan harga yang berpatutan, kekurangan tanah dan faktor komersil menjadi penyebab utama kebanyakan individu memilih rumah yang tidak memenuhi syarat-syarat kesihatan yang ideal.

Semua ini kurang menyokong pembinaan rumah yang ‘sihat'. Rumah yang ‘sihat' adalah rumah yang menyokong kesihatan penghuninya dari segi mental dan fizikal. Bagi mereka yang asing dengan konsep ini, buku ini memberi panduan tentang cara pemilihan lokasi rumah yang sihat serta unsur-unsur yang perlu dipertimbangkan untuk mencipta reka bentuk rumah yang sihat dari segi psikologi dan fizikal. Selain itu, terdapat juga tip-tip dan panduan berguna yang bukan sahaja boleh mencantikkan rumah, tetapi juga selamat untuk didiami.

Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan keadaan fizikal dan kestabilan mental sahaja, tetapi berkaitan dengan penampilan kediaman seseorang individu. Oleh itu, miliki buku ini bagi menyokong kesihatan anda melalui rumah kediaman anda.

 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)