Siri Sayang Allah: Seronoknya Solat Lelaki

ISBN: 9789672458296
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Rimbunan Islamik Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
-

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Solat adalah ibadah pertama yang akan dihitung oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak. Oleh itu, ibadah solat perlu diajar dan dipupuk sejak usia kanak-kanak. Buku ini adalah sebuah buku panduan lengkap ibadah solat, dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak seawal usia 6 hingga 12 tahun. Panduan lengkap dalam buku ini dapat membantu kanak kanak memahami ibadat solat dengan lebih mendalam, serta membimbing kanak-kanak mendirikan ibadat solat dengan betul dan sempurna. Penyampaian buku ini terdiri daripada infografik dan ilustrasi berwarna-warni, didatangkan daripada sumber yang sahih iaitu al-Quran dan hadis.
 
Selain aktiviti pengukuhan, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti mengajak kanak-kanak berfikir dalam segmen Asah Minda dan Motivasi Kendiri, serta sirah berkaitan solat. Di samping merangsang daya pemikiran kanak-kanak, segmen in bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian.