SESAYUP KEJORA CINTA
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 483
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Gelabah seorang Darleena Alissa memang tak boleh bawa bincang! Hanya kerana seseorang, Leena mendesak Asy, kawan baiknya untuk cari jalan penyelesaian. Dan Heidi muncul sebagai penyelamat. Bagi Leena lelaki itu hanya hero jadi- jadian. Namun, lain pulak bila Heidi mula fikir bukan-bukan. Haiyak!!! Suatu hari, Kaif Rayyan, bos tempat kerja Leena melantik dia sebagai wedding planner majlis adiknya. Leena akur, demi amanah, tanggungjawab dilunas, walaupun hati sekejap sejuk sekejap panas. Dua lelaki ini mula menghimpit emosi Leena dengan pelbagai ragam. Heidi dengan harapan cinta rahsianya, Kaif pulak menambah perisa teka-tekinya. Seorang berpaksi cinta, seorang bertaut rasa. “Antara Abang Heidi dan Leena, belum ada tali keyakinan yang mengatakan kita akan berkongsi perasaan yang sama. Yang ada impian dan harapan untuk bersatu, Leena masih ada hak untuk memilih.” – HEIDI “Mungkin soalan tu untuk Heidi. Bukan saya. Saya percayakan perasaan awak, Leena. Saya susur perasaan awak. Jadi frasa cemburu tu tak patut ada dalam hati ni sebaik awak terima saya.” – KAIF RAYYAN “Tak. Leena tak pilih sesiapa pun. Leena pilih untuk bersendiri. Bukan niat Leena nak mainkan perasaan sesiapa. Tapi Leena tak bersedia sepenuhnya lagi untuk ke arah tu.” – DARLEENA Di saat dia dalam dilema untuk mencari sesayup cinta, muncul tragedi yang membuat perasaannya dirodok kesakitan. Tidak disangka, seseorang yang dianggap bunga, rupanya duri yang berbisa. Natijahnya umpama racun yang menikamnya perlahan. Akankah dendam yang menghancurkan hidup Leena terbalas? Mampukah garis kebencian menjadi penyatu terbaik antara dua jiwa yang telah diuji? Adanya nama perpisahan, pasti bermula dengan pertemuan seperti sang kejora yang cuma sekejap terbit di langit tetapi punya sejuta cerita berdampingan.