Seseorang untuk Dinikahi
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Jatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali.
Itu sudah jadi rutin hidup Nur Arissa. Walaupun sudah banyak kali dikecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana dia percaya, selagi ada usaha, dia tentu akan bertemu dengan cinta sejati. Namun, tanpa diduga, dia terjatuh cinta dengan sahabatnya sendiri, Nazwan Syah.
Cinta perlu dicari. Nak cari cinta kita perlu ada usaha. Macam mana nak berusaha? Itulah yang dikatakan memburu cinta. - Arissa.
Nazwan Syah bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang. Biarpun dia rapat dan baik dengan Arissa, tetapi itu bukan modal untuk Arissa memikat Nazwan. Apatah lagi cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka, Luqman dan Sarah, yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun, Arissa tidak peduli. Dia terus melamar Nazwan sebagai kekasihnya.
“Nazwan, jom kita dating,” ujar Arissa tanpa berkias-kias lagi.
“Jangan setuju, Nazwan. Dia dah gila,” ujar Luqman mendesak Nazwan menolak.
“Jomlah dating,” ujar Arissa dengan manja separuh gedik.
“Okey,” jawab Nazwan pendek.
“What?” Sarah dan Luqman memandang Nazwan.
“Yes!” sorak Arissa gembira.
Pilihan Staf:
Nukilan Ratu Bulan memang tidak pernah mengecewakan. Setiap watak yang ditonjolkan dalam novel ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Putus cinta bukanlah alasan untuk kita terus jatuh dan meratapi apa yang telah berlaku. Bercintalah seadanya. Cinta itu bukan hanya untuk menyempurnakan, namun ikhlas untuk menerima kekurangan. Bukan juga untuk saling melengkapi, namun untuk saling mengisi.