Setelah Cinta Itu Pergi (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789671174128
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” - Ikram

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina. Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.

“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” - Ikram

Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

 

Customer Reviews

Based on 2 reviews
50%
(1)
50%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Setelah Cinta Itu Pergi (Novel Adaptasi)

Sebuah novel yang menghadirkan pelbagai emosi dan rasa yang kadang kadang macam kita pula yang ada kat dalam situasi itu. Rasa geram dengan watak ikram dan penghasut penghasut. Kesian dengan watak Marini yang menjadi mangsa. Namun ada pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian Kita.

N
Nurhidayah
Novel yang penuh emosi

Suka dengan caption novel ni, "Retak seribu hati ini mampukah ia bercantum kembali?" . Ianya simbolik kepada remuknya hati Marina apabila suaminya, Ikram, meragui kesetiaannya sehingga membawa kepada perpisahan mereka. Novel yang meruntun emosi. Tidak rugi untuk memiliki novel ini.