Setitik Jadi Selautan

ISBN: 9798997553401
Checking local availability
RM70.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Buku Setitik Jadi Selautan: Dari Kodiang ke New York merakamkan kehidupan NOBISHA, anak miskin yang pernah menahan lapar kerana tidak ada makanan. 

Dia mendapat peluang belajar di Amerika Syarikat. Bukan kerana dia yang terbaik, tetapi kerana dia yang terpilih. Kata NOBISHA, "Kita merancang. Allah beri lebih baik daripada apa yang kita rancang."

Selepas graduasi, dia pulang ke tanah air. Dia bekerja dari bawah di syarikat-syarikat kecil sehinggalah akhirnya memegang jawatan kanan dalam organisasi pembangunan ekonomi dan keusahawanan.

Dia pernah aktif dalam pergerakan belia dan politik. Namun, kemudiannya dia meninggalkan dunia politik. Katanya, dia tidak ada DNA sebagai politikus.

Selepas bersara, dia kembali ke Amerika Syarikat yang dianggap sebagai rumah kedua untuk membuka pasaran negara itu kepada usahawan Malaysia.

Buku ini merakamkan perjalanan Dari Kodiang ke New York yang penuh dengan pengalaman dan pengajaran. Kata NOBISHA lagi, "Sesuatu yang memberikan manfaat selautan tidak semestinya bermula besar. Kadang-kadang, ia bermula hanya dengan setitik."

Setitik Jadi Selautan.