Tariqah dalam Islam sama pengertiannya dengan al-ihsan, maksudnya bahawa kita beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihatNya. Sekiranya kita tidak terasa melihatNya maka sesungguhnya Allah itu melihat kita. Tariqah itu adalah jalan yang dengannya membolehkan seseorang mukmin mencapai sifah ihsan. Dikatakan bahawa syariat ialah memperhambakan diri kepada Allah manakala tariqah adalah sentiasa menghadirkan Allah di hati sedangkan hakikat adalah kita saksikan Allah dengan mata hati.