Sherlock Holmes: Misteri Kehilangan Pemain Ragbi Pembunuhan Di Abbey Grange & Misteri Tompokan (2021
Publisher,Penerbit X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Remaja & Kanak-Kanak / Remaja & Kanak-Kanak - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Misteri Kehilangan Pemain Ragbi
Cyril Overton, pemain ragbi Universiti Cambridge menemui Sherlock Holmes atas kehilangan pemain pasukannya, Godfrey Staunton. Perlawanan penting semakin hampir, dan Godfrey sangat diperlukan bagi memastikan kemenangan pasukannya. Godfrey dilihat pergi tergesa-gesa bersama seorang lelaki tua, dan selepas itu dia tidak lagi kembali. Petunjuk yang ada cuma satu ayat memohon pertolongan yang tersurih pada borang telegram di dalam biliknya.
Pembunuhan di Abbey Grange
Sir Eustace Brackenstall telah dibunuh di rumahnya oleh tiga orang perompak, dan isterinya ditemui terikat oleh pembantu rumah mereka. Kes itu kelihatan mudah diselesaikan kerana adanya saksi. Sherlock Holmes terasa dipermainkan apabila pada awalnya dia disalah jemput oleh Inspektor Stanley Hopkins. Bagaimanapun, Holmes melihat sesuatu yang ganjil pada tali yang mengikat Lady Brackenstall. Adakah Lady Brackenstall menyembunyikan sesuatu?
Misteri Tompokan Kedua
Lord Bellinger, Perdana Menteri Britain dan Tuan Trelawney Hope, Setiausaha bagi Hal Ehwal Eropah datang mengunjungi Sherlock Holmes dan Dr. Watson di Baker Street. Mereka membawa satu masalah yang mungkin akan menyebabkan perang di rantau itu. Sepucuk surat penting daripada ketua sebuah negara yang dirahsiakan telah didapati hilang. Holmes mengesyaki ia dicuri oleh perisik untuk dijual ke negara lain. Dia bercadang untuk menyiasat seorang daripada perisik yang disyakinya, bagaimanapun perisik itu dijumpai mati dibunuh pada pagi itu. Sherlock Holmes menyedari ada pihak lain yang mungkin sedang mencari surat itu juga.
Buku siri penyiasatan yang memang poular. Sentiasa ada konflik dan peristiwa misteri. Best mengikuti penyiasat merungkai setiap misteri jenayah yang berlaku. I enjoy membacanya, sambil berangan-angan menjadi penyiasat terkenal.
Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan ke atas. Genre yang misteri dan harganya yang berpatutan. Adaptasi dari novel berbahasa Inggeris.