Sherlock Holmes: Misteri Klien yang Masyhur, Misteri Perajurit Berwajah Pucat, Misteri Batu Mazarin & Misteri di Rumah The Three Gables (Edisi Bahasa Melayu)
Publisher,Penerbit X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Misteri Klien yang Masyhur
Violet de Merville akan mengahwini Baron Adelbert Gruner, seorang penjenayah Austria yang diketahui telah membunuh ramai orang termasuk isterinya, dan ini merunsingkan ayahnya, Jeneral de Merville. Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk gadis itu, namun gadis itu menganggap semua cerita buruk tentang Baron itu adalah fitnah semata-mata.
Misteri Perajurit Berwajah Pucat
Kali ini Sherlock Holmes menulis sendiri kisah penyiasatannya setelah selalu mengkritik gaya penulisan Dr. Watson. Pada Januari 1903, James M. Dodd datang menemuinya untuk meminta bantuan selepas melalui pengalaman yang membingungkan. James mempunyai seorang sahabat baik semasa berkhidmat dalam tentera, bernama Godfrey Emsworth yang telah lama menyepi. Ayah Godfrey telah membalas surat James dan menyatakan Godfrey sedang belayar mengelilingi dunia.
Misteri Batu Mazarin
Semasa Dr. Watson tiba di 221B Baker Street, Sherlock Holmes sedang tidur kerana kepenatan menyiasat kes kehilangan batu permata bernilai £100,000. Pembantu rumahnya, Billy menunjukkan sesuatu di tingkap yang membuatkan Watson terkejut, iaitu sebuah patung lilin menyerupai sahabatnya itu. Ini mengingatkan Watson kepada kes Perangkap Rumah Kosong, di mana Holmes menggunakan patung seperti itu untuk mengumpan penembak tepat yang memburunya.
Misteri di Rumah The Three Gables
Puan Mary Maberley hairan kerana rumah lama yang didudukinya sejak dua tahun lalu tiba-tiba menarik perhatian seorang pembeli misteri yang sudi membayarnya dengan harga yang tinggi. Tambah membingungkan, pembelian itu termasuk semua perabot dan segala apa yang berada di dalam rumah itu, termasuk barang-barang peribadi Puan Maberley! Kerana berasa terlalu pelik, Puan Baberley membatalkan urusan jual beli tersebut.