
Sherlock Holmes: Misteri Puntianak Sussex, Tiga Lelaki Bernama Garridebs, Kes Jambatan Thor & Misteri Lelaki Merangkak (Edisi Bahasa Melayu)
Publisher,Penerbit-X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Remaja & Kanak-Kanak / Remaja & Kanak-Kanak - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Misteri Puntianak Sussex
Tuan Robert Ferguson datang ke Baker Street kerana dia mengesyaki isterinya adalah puntianak! Dia telah menyaksikan dengan matanya sendiri di mana isterinya dengan mulut berlumuran darah baru selesai menghisap darah bayi mereka, dan rupanya itu bukanlah perbuatannya kali pertama.
Tiga Lelaki Bernama Garridebs
Nathan Garrideb meminta Holmes mencarikan orang yang mempunyai nama keluarga yang sama sepertinya, iaitu ‘Garrideb’. John Garrideb, bekas peguam dari Kansas telah menemui Nathan dengan membawa wasiat seorang hartawan supaya mencari tiga lelaki bernama Garrideb.
Kes Jambatan Thor
Maria Gibson ditemui mati di atas Jambatan Thor, dalam kawasan estet kediamannya. Pengasuh anak-anaknya, Grace Dunbar pula telah ditahan kerana membunuh. Grace mengaku bertemu dengan majikannya di atas jambatan itu sebelum kematiannya, tetapi tidak mengaku membunuhnya. Bagaimanapun, polis menemui senjata membunuh di dalam almari pakaian pengasuh itu. Senator J. Neil Gibson, pemilik estet itu percaya pengasuh itu telah difitnah.
Misteri Lelaki Merangkak
Profesor Presbury, berumur 61 tahun mula berkelakuan aneh selepas bertunang dengan seorang wanita muda. Keadaannya ini menimbulkan kerisauan Trevor Bennett, iaitu setiausahanya. Mulanya profesor itu keluar rumah selama dua minggu. Selepas pulang, personaliti profesor itu berubah menjadi bengis dan suka menyendiri. Anjing kesayangannya pun seperti tidak mengenalinya lagi apabila ia bertindak agresif dan mahu menyerangnya.