Sherlock Holmes: Misteri Surai Singa, Misteri Penyewa Berkerudung, Misteri Shoscombe Old Place & Misteri Pesara Kilang Cat (Edisi Bahasa Melayu)

ISBN: 9789673695928
Checking local availability
RM10.00
Product Details

Publisher,Penerbit X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Misteri Surai Singa

Fitzroy McPherson jatuh rebah dan mati di hadapan Sherlock Holmes, yang ketika itu sudah pun bersara dan tinggal di sebuah desa kecil di pinggir laut. Sebelum meninggal dunia, McPherson menyebut sesuatu yang bunyinya seperti ‘surai singa’. Harold Stackhurst, pengetua di sekolah di mana McPherson bekerja sebagai guru, berpendapat kata-kata McPherson itu kedengaran seperti nama seorang lagi guru di sekolahnya, Ian Murdoch, yang pernah bertengkar dan melempar anjing McPherson ke luar tingkap.

Misteri Penyewa Berkerudung

Selama tujuh tahun Puan Merrilow menyewakan bilik kepada Puan Ronder, dan dia tidak pernah melihat wajah penyewanya itu kerana sentiasa memakai kerudung. Namun pada suatu hari, Puan Merrilow secara tidak sengaja ternampak wajah penyewanya itu, dan wajah itu mengejutkannya kerana ia cacat teruk.

Misteri Shoscombe Old Place

John Mason, datang mengadu kepada Holmes tentang majikannya, Sir Robert Noberton yang dirasakannya sudah gila. Sir Robert tinggal di Shoscombe Old Place bersama-sama dengan kakaknya, Lady Beatrice yang sudah uzur. Pada suatu hari, kedua-dua majikan John Mason mula melakukan perkara-perkara pelik di luar kebiasaan mereka: Lady Beatrice tidak lagi melawat kuda kesukaannya pada setiap pagi seperti yang pernah dilakukannya setiap hari selama bertahun-tahun. 

Misteri Pesara Kilang Cat

Josiah Amberley, seorang pembekal alatan lukisan yang sudah bersara meminta Sherlock Holmes mencari isterinya yang telah menghilangkan diri. Isterinya dipercayai telah pergi bersama jirannya, dan membawa bersama mereka wang simpanan Josiah yang banyak. Disebabkan Sherlock Holmes terlalu sibuk menyiasat kes lain, dia menghantar Dr. Watson untuk menggantikannya. 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)