Si Comel Ku: Panduan Ibu Hamil, Kelahiran dan Menamakan Bayi

ISBN: 9789830991030
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Al-Hidayah Publisher
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 410 g
No. of Pages,

Berbadan dua atau hamil adalah waktu yang bercampur-baur dengan berbagai perasaan, emosi dan fikiran. Ada masa merasa gembira, bimbang, sedih dan bermacam-macam lagi emosi dan perasaan mudah datang ketika itu. Sokongan dan perhatian daripada pihak kedua khususnya suami amat dituntut oleh wanita, yang sedang sarat mengandung. Zuriat yang bakal lahir adalah segalanya bagi mereka. Bayi yang akan lahir itu adalah penyumbang kepada kelangsungan zuriat clan tanda ikatan kasih sayang antara suami isteri.

Selain daripada perhatian dan belaian kasih sayang suami dan keluarga terdekat, si ibu juga perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkenaan kehamilan sama ada dari sudut perubatan dan spiritual. Kesihatan bayi dan kestabilan emosi amat penting untuk si ibu dan bayi yang dikandungnya.

Selain itu pengetahuan tentang kelabiran dan selepas kelahiran juga amat penting. Bagaimana menyambut kelahiran, menamakan anak dan penjagaan pemakanannya. Ini penting kerana pembangunan dan perkembangan jasmani perlu seiring dengan pembangunan dan perkembangan rohani.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)