“Terima kasih, wahai Uwais kerana sudi mendoakan kami semua. Semoga Tuhan melimpahkan rahmat kepada Tuan. Sebelum kami pulang, saya ingin menghadiahkan wang dan pakaian kepada Tuan,” jawab Umar Al-Khattab.
“Mohon maaf, wahai Amirul Mukminin. Saya bukan tidak sudi menerimanya, tetapi upah menggembala yang saya dapat sebanyak empat dirham setiap hari sudah cukup untuk saya dan ibu saya. Saya hanya makan buah kurma dan minum air putih setiap hari. Setiap hari saya mengingati Allah dan berasa kecewa apabila terlupa pada Dia,” jawab Uwais Al-Qarni dengan penuh rasa zuhud dan rendah diri.