Akidah merupakan kunci kebahagiaan seseorang hamba Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Tanpa akidah yang benar, tepat dan jelas, segala amalan yang dilakukan tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..
Kini, umat Islam terdedah kepada pelbagai cabaran fahaman luaran dan dalaman yang menguji akidah kita. Umat Islam perlu menjernihkan kembali akidah keimanan daripada segala kekeliruan menerusi mengenali Allah s.w.t. serta sifat-Nya. Berpegang teguh kepada-Nya menerusi bukti-bukti dan hujah yang nyata, terang, tepat, jelas, berpaksikan Al -Quran dan hadith serta berasaskan keterangan para ulama muktabar.