Singgahan Cinta di Sapporo

ISBN: 9786294550483
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

"Macam mana aku boleh jumpa dia dekat sini? Kenapa dia tak pergi tempat lain? Hiroshima ke, Nagasaki ke, Toyota ke... Argh!"

Amira merancang untuk ke Hokkaido sebagai tempat untuk merehatkan diri daripada segala yang menyerabutkan. Namun dia tidak menyangka percutian singkat itu menemukannya semula dengan seseorang dari masa silam.

Imran, teman lamanya sewaktu MRSM dahulu. Kebetulan dia juga bercuti di Sapporo selama seminggu. Mereka berpisah kerana salah faham yang tidak pernah dijelaskan puncanya, iaitu daripada gosip yang tidak pasti kesahihannya.

Ketika di Sapporo, muncul pula dua makhluk kecil ajaib yang hanya mereka berdua mampu lihat. Yuki dan Toro, dua penjaga comel yang pernah wujud sejak kecil. Penjaga ini bertindak seperti cermin kepada perasaan sebenar mereka.

“Kalau... saya bagi awak peluang kedua, awak boleh gunakan dengan baik ke?” soal Amira sambil matanya mencari sinar baru di wajah Imran.