Sirah Peperangan Rasulullah
Publisher,Must Read
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,
Inilah siri teladan terpuji yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat meskipun semasa pertempuran sedang sengit. Nilai murni ini berjaya menambat hati musuh-musuh Islam. Nama-nama besar tokoh Musyrikin seperti Abu Sufian yang pada awalnya mengumumkan menjadi musuh nombor satu Rasulullah SAW, akhirnya menyerah, akur dan mengisytiharkan pengislamannya setelah melihat kehebatan, dan kerendahan akhlak Baginda.
Buku yang berada di tangan anda ini menyingkap kembali 27 sirah peperangan Nabi Muhammad SAW dalam usaha mempertahankan Islam apabila digugat oleh pihak musuh. Tiap-tiap satu peperangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dirancang dengan teratur. Bagindalah sebenarnya yang terlebih dahulu menggunakan strategi-strategi terbaru dan terkini, sebelum ianya dicetak rompak oleh musuh-musuh Islam dengan menggunakan nama yang berbeza untuk mengalih perhatian umat Islam. Secara langsung, ia menjadi satu bukti bahawa umat Islam mampu menggegarkan dunia! Bersama-sama kita hayati nilai-nilai murni di celah-celah 27 sirah peperangan Nabi Muhammad SAW!