Siri 30 Wadah: Langkah Menuju Tuhan
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Ada sebahagian orang tidak mulakan langkah kerana malas. Namun lebih ramai yang langkahnya terbantut kerana dirasakan tidak layak.
Takut gagal. Takut tidak konsisten. Takut dilihat lemah.
Buku ini bukan tentang menjadi hebat dalam sekelip mata. Ia tentang keberanian untuk melangkah, walau hati masih ragu, walau langkah masih kecil.
Melalui refleksi peribadi, kisah para Nabi dan tadabbur ayat-ayat al-Quran, buku ini mengingatkan bahawa perubahan tidak bermula dengan sempurna, kegagalan bukan penghujung, doa adalah kekuatan serta Allah SWT sentiasa bersama mereka yang berusaha kembali.
Jika kita ingin berubah tetapi belum tahu caranya, ingin dekat dengan Allah SWT tetapi terasa jauh, buku ini ditulis untuk menemani langkah. Kerana dalam perjalanan menuju Tuhan, yang penting bukan seberapa laju kita berjalan, tetapi setekad mana kita tidak berhenti melangkah.
#PantangMenyerah
#30NASIHATBANGKIT
- Mengenal pasti halangan yang membelenggu diri
- Tip praktikal mulakan langkah mencapai impian
- Tadabbur kisah dalam al-Quran serta refleksi peribadi
- Nasihat agar tidak menyerah sebelum berjuang