Siri 30 Wadah: Menyingkap Lembaran Ashab
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kita mungkin berkeinginan untuk mengetahui kisah-kisah dalam al-Quran, namun terkadang bacaan yang ditemui sukar untuk dihadam. Sedangkan al-Quran itu sangat sarat dengan pelbagai kisah, maka amatlah rugi jika semua itu terbiar tanpa kita mengamatinya. Mengambil jeda ketika membaca al-Quran itu perlu.
Antara kisah yang perlu disusuli satu demi satu adalah tentang golongan-golongan atau kumpulan-kumpulan dalam al-Quran. Maka buku ini hadir untuk memperkenalkan pelbagai kisah ini dari perspektif kumpulan yang besar, digelar sebagai ‘ashab’ dalam al-Quran. Tidak semestinya semua golongan yang dituliskan dalam buku ini disebutkan secara literal sebagai ‘ashab’, ada juga yang berbentuk umum.
Dengan memahami pengisian al-Quran tentang semua golongan ini, jiwa kita bakal terawat dan menjadi lebih kukuh dengan mengambil pengajaran dari sudut positif, selain memperoleh kekenyangan rohani.
#JadikanTeladan