Siri Ana Solehah: Ana, Manisnya...
Publisher,Blue-T Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 140 g
No. of Pages,
Hidup ini penuh dengan kemanisan lebih-lebih lagi dengan adanya madu keimanan. Jika sesuatu musibah menimpa,jangan dikorbankan kemanisan itu.Kelak,tiada satu pun yang tertinggal untuk kita meskipun sepahnya.
Apalah agaknya ibu sedang buat di kampung,ya? Ana merindui ibu dan juga kampung halaman.Ana juga merindui masakan ibu. Ana sungguh seronok semasa dapat mempelajari cara-cara membuat kuih daripada ibu.Tidak sia-sia rupanya Ana belajar membuat kuih dari ibu semasa cuti sekolah yang lepas. Pulut inti yang ibu tunjuk ajarkan hari itu telah Ana laksanakan dengan baik sewaktu jualan amal tempoh hari. Ibu tentu akan berasa bangga jika melihat kuih pulut inti ana laris dijual! Ibu,Ana berjanji akan sematkan segala yang telah diajar oleh ibu dalam hati Ana buat selama-lamanya.